Tuesday, August 3, 2010

"THE GOLDEN TICKET!"

Dah lama xlawat blog ni.. sibuk sgt ngn kerja dunia..juz sempat tgk facebook ajer.. Dulu masa mula2 start sy umpamakan dunia pekerjaan saya didalam lautan yg kt xnampak dr luar. Skrg bila dah terjun menyelam di dalamnya baru fat nampak realiti pekerjaan yg fat pilih. Sudah setahun lebh fat berada di industri ini meg byk yg fat belajar.. mula2 di bhgn buat roti..training dlm 8 bulan..tp bila nak di confirmkan fat kena campak ke dpmt yg plg senang tp plg mencabar mental dan fizikal. dpmt sayur n buah2an..sebenarnya dpmt yg fat nak masuk dr awal dulu bukan bhgn roti tp sayur..n now fat dah dpt.. Mula2 takut gak tp akhir fat terpaksa lalui jugak.. Masuk bulan 8 ni dah lapan bulan fat jaga dpmt ni.. byk naik turun n byk benda fat belajar.. graf mula2 turun dlm 2 3 bulan sbb fat memg xreti nak bw dpmt ni.. msuk bulan 4 smpai bulan 6 nampak peningkatan sdkt demi sdkt sbb fat dah tau selok- belok.

..alhamdulillah..tp memg mcm2 dugaan.. dlm graf fat sedang meningkat skt2 tiba-tiba dlm akhir bulan 6 top management ingin membuat perubahan pd store. pintu utama customer yg dkt dgn dpmt fat akan ditutup dan hnya ada satu pintu saja dibuka itupon jauh dr fresh division..Ramai kata itu petanda tak baik utk division fresh (fresh divison ada 5 dpmts: fruit vege, bakery, salad bar, butchery, fish)..aku khuatir.. risau pn ade..tp aku cuba positif..pretend like nothing will happen.. xsgka pelanggan makin berkurangan..byk surat aduan dilemparkan pd kami..menyusahkan pelanggan.. peratus pelanggan masuk ke division fresh nampak susut ke 42%..kalau dulu blh pergi ke 50% kini tak lagi..

Tekanan mula terasa apabila sales semakin jatuh. mgkn pintu tutup reason utama tapi ada jugak reason lain spt byk brg shortages kt market so supplier xda stok.. kebetulan plak fat byk cuti jd fat susah nak pantau staff fat wat order dr jauh.. jd, memg patutlah teruk result sales dpmt aku..Bos mula tinggi suara pada aku dan rakan22 di divison fresh..dia xdpt terima sales div fresh begitu teruk sehingga kalah dengan internal competitor kami. kalau dulu store kami no satu di malaysia tp bulan 7 2010 dlm sejarah jatuh ranking no 2. alangkah sedih tak terhingga.. kdg2 aku merasakan semuanya salah aku..sbb dpmt aku merupakan nadi atau tulang blkg kpd division fresh krn hampir 50% sales kami sumbang pd division fresh. lg 50% dibantu oleh dpmt2 lain dlm fresh. sbb itu bila dpmt fat jatuh mksdnya satu division fresh akan jatuh. Alangkah besar impaknya.

Pada 2hb Ogos aku telah dihantar training 2 hari di store yg telah berjaya mengalahkan kami bulan 7 2010. Senang cite fat letak nama store tu store B dn store fat store A. Mcm2 aku bayangkan. pasti ramai sales manager dr store2 lain yg hadir ke training akan bertanya soalan yg sama mcm mn store km blh kalah dgn store B. Lgi tertekan apabila aku terbayang si berlagak poyo iaitu MR.X (Ketua divison fresh store B)memperlekeh aku yg tiada pengalaman menjaga store plg besar di malaysia.

Memang betul sangkaan aku belum pon sempat masuk bilik training aku dah ditanya SM dr store lain tentang sales. Menympah tp aku kena jwb sbb itu hak meraka utk bertanya. Sabar je la ye. Di bilik training km semua belajar semula segala perkara asas di dpmt fresh. Hbs sj sesi pertama tiba2 director store B masuk ke blk training utk menyambut kehadiran km n menerangkan kepentingan training ini. Memg bersemangat waja sampai aku punya semangat melonjak2 hehe. Akan tetapi tiba2 sdg dia nasihat km dgn bersemangatnya mgalakkan semua sm jgn putus asa meningkatkan prestasi keje dia memberi cth yg mmg mencalar maruah store aku dan aku?! Muke aku brubah giler masa tu..i was shocked n speechless. Mungkin agaknya dia perasan dia terbandingkan store dia dgn store aku dia berhenti berceramah seketika lalu bertanya ada ke wakil store A dtg training. Aku pon terus agkt tgn tnpa ragu2.Dia tkejut rupa2nya ada wakil dr store A. Mgkn dia terlepas ckp sbb terlampau bangga nak kongsi betapa hebatnya store dia dpt mgalahkan store no 1 di malaysia. Dia meminta maaf dan kata tak berniat nak malukan tapi hanya sebagai contoh.\

For me this is too much! aku diam tp aku berani bertentang muke dgn dia walau malu. Aku sabar n bayakkan bersabar. Tak lama selepas tu its time for reopening. Km turun ke sales floor utk tolong mana yg patut. tolong kemas brg. tambah brg..dah wat semua keje barula km start bersembang sesama SM bincang masalah store msg2. sedang bersembang ternampak dr jauh kelibat Mr.X. Aku malas nak menyapa dia sbb mesti dia poyo berlagak dgn aku. Xsgka dia dtg mendekati group sembang aku.

Dia menegur SM dr store lain dulu..kemudian dia menegur aku. Aku pun tnya khabar dia. Dia sembang sekejoa dgn aku ttg result inventory. Tiba2 dia buka cerit psal sales smlm. dia kata i made rm42k above rm2k from u! Aku pon wat2 blur.. o really.. u pnya store tak ikut campaign kerajaan negeri xguna plastik beg ke smlm sampai sales u lbh dr i. dia pon terkejut aku ckp mcm tu mcm tau je. dia pon kata dia xblh ikut sbb sales kurang..n memg yer pon sbb ari sabtu lepas dorg below rm4k dr store aku. Berlagak btl cara dia ckp dgn aku. siap peluk sorg SM yg dulu pnh jd store clerk dia konon dulu ms dia pegang dpmt aku d store aku sales mencanak2. Dlm erti kata lain dia mempersenda aku.

Aku telan kata2 pahit Mr.x dgn muka bengang. Dia xtahu sejarah aku dgn SM yg dia banggakan td. Aku pnh bg SM tu surat cinta (warning) sbb xikut arahan aku masa dia training d store aku. aku minta dia tulis reason knp btindak xikut arahan tp dia xbg blk pd aku surat cinta tu. bila fikir blk dia tgh training aku xnak gelapkan ms dpn dia. so aku biarkan budak ketegak yg rasa diri dia bagus tu.Selepas dia training kat store aku dia dpt offer jd SM kat store lain. Panjang cite an..to be continue..

kita sambung semula..

Jam menunjukkan pukul 8mlm.aku sempat selesaikan solat mgrb n makan mlm skali. Trainer mgarah kami turun semula ke sales floor utk push sales sblm closing. sedang tolong tgk mn yg perlu kat dpmt seorang trainer a.k.a buyer bhgn fresh dtg menyapa aku.. "nabilah, i want to share wif u something. I gonna tell u a secret weapon for u..but not now.." Aku tercengang dn hnya mengangguk. Dia terus beredar dr situ.. Dia ialah seorang senior di dunia retail. Dia juga pernah memegang dpmt aku waktu dulu sama spt Mr.X. Rasa mcm ada something personal dia nk bcg ngn fat.(tariner tu fat letak nama dia trainer Y.

Masuk Hari kedua. Aku terbangun lewat. ingat nak sahur kul 5 pg bila bgn dah kul 6.45am..alamak dah lambat training start kul 7pg.. klm kbt mcm ribut aku nasib baik tido umah mak kt subg.. sampai kul 7.15 kat sales floor. aku kn tolong wat opening..
Selepas opening km dijmput breakfast tp aku xmakan sbb ganti pose hehehe..

Trainer yg menegurku smlm duduk berdekatan dgn aku..dia bertanyakan pasal sales aku..Dia spt memahami masalah yg store aku hadapi. Dia kata time dia jg dpmt aku dulu pintu entarance fresh baru buka. katanya sales jd power masa tu. Kemudian seorang trainer lain masuk ke kelas itu utk slot selanjutnya. Byk ilmu aku timba selain sharing ideas n experience membuatkan kelas jd semakin seronok. Masa menunjukkan pukul 3.30ptg. semua kena turun sales floor tlg reopening.

Setelah tlg apa yg ptt aku lepak dgn SM2 lain.. tiba2 kami ditegur oleh trainer Y. Kelakar orangnya fasih berbahasa jawa. Dia menceritakan zaman skrg n dulu lain. dulu SM yg pegang dpmt sayur semuanya lelaki tp skrg pompuan pun dh pegang.. dia tabik spring kat aku n sm pompuan yg lain.. dia kata bukan senang nk bw dpmt ni sbb cabarannya terlampau tinggi.. selepas lama bersembang aku pon dah bosan n beredar dr situ utk tgk apa yg ptt tlg.. tiba2 trainer Y tu muncul dpn aku.

"Nabilah i nak tnya u something.. ada x u rasa rendah diri dgn SM store B sbb u baru?"..

"takdala..saya xda rasa mcm tu sy biasa jer.."

"Bagus.. mcm mn u punya head division n store director ok x..?"

" Dorg ok..byk bg support kat saya..tanpa dorg saya xkemana.. dorg byk bg peluang kat saya walau sy baru.."

"That's good!Utk hidup di retail ni kita memg kena ada support dr org atas. U kena bersyukur diberi penghormatan dan kepercayaan drp store director krn bg u pegang dpmt plg besar di malaysia Walau u terlampau baru didunia retail!"

Aku hanya berdiam diri dn hnya mendengar nasihatnya.

"Believe me sesiapa yg pnh pegang dpmt fresh lg2 fruit n vege dpmt ade very good future! I believe u will be somebody for another 10 years.. Remember, now you have the GOLDEN TICKET for you to move towards successful..Don't easily give up n be a fighter! Pantang di cabar adalah sifat seorang fighter! U must have that kind of mindset n spirit."

Aku teruja tp tak tunjuk sgt dan hnya mengangguk. Byk lg nasihat dia padaku..tp drp cerita ni fat nak highlight dkt kata2 nasihat dia yg mmberangsangkan terutamanya perkataan THE GOLDEN TICKET..Tak semua org dpt GOLDEN TICKET drp somebody yg memg dikenali sifat juangnya. Ingin kuterangkan disini THE GOLDEN TICKET itu sebenarnya refer kpd Division Head and Store Director store aku yg memberi aku peluang untuk maju ke depan kelak. Aku akan harung segalanya dengan berjaya dan xkan mensia2kan kepercayaan itu padaku..

-ameenn-



"

Saturday, August 8, 2009

Cabaran Bekerja Waktu Ekonomi Gawat

Sekarang aku sedang menyelam dalam lautan pekerjaan. Sebuah lautan yang sangat dalam yang baru aku terokai. Aku telah memilih jalan ini setelah aku berfikir panjang dan meninggal 'road not taken' aku.. Aku terus terjun ke dalam lautan pilihanku yakni lautan yang pada atas permukaannya hanya nampak bayang2 kabur di dalamnya. Aku tidak tahu samada betul jalan yang aku pilih ini dan tak tahu cabaran & rintangan yang akan ku tempuh. Tapi aku teruskan usaha mengenali dunia lautan itu kerana itulah pilihan diriku..



Pelbagai cabaran n pengalaman yang aku dan rakan2 seperjuagan tempuh.. sperti seorang perantau yg dtg ke negeri org tanpa bekalan ap2 kini sudah tahu serba sdkt ttg kehidupan negeri itu..dan km blh berdikari sedikit2 berbekalkan ilmu yg kami pelajari.

Namun, setelah sekian lama bercucuk tanam di negeri orang- terasa tekanan disitu makin hari makin menjadi2.. ramai dikalangan kwn2 ku mula berkata2 dan mengadu domba tentang kehidupan mereka di daerah masing2.. Tak tahan dengan kehidupan yg penuh dengan cabaran dicampur dengan sifat keberangan orang atasan. Mungkin itu antara penyebab utama ramai kwn2 aku rasa kurang berpuas hati dan rasa mengalah.

Aku begitu bernasib baik sekali. Bermula di Klang sehingga ke berpindah ke wangsa maju kehidupan aku di daerah aku tidak begitu 'mencabar' seperti apa yg kwn2 sejawatku katakan. Apa yg ku dengari mereka selalu dimarahi, dipersalahkan itu dan ini, dan juga kerja yg mereka bawa berat yg xmampu dipikul bahu masing2. Aku hanya melihat dari jauh nasib kwn2 ku itu. Ada diantara mereka sering mengatakan mereka tersilap pilih jalan. Bukan ini jalan kehidupan yg mereka mahu.

Ramai org2 lama bercerita yang dahulu satu daerah mempunyai pekerja yang ramai. setelah ekonomi gawat mulai disember lalu bilangan pekerja berkurangkan- bukan dibuang tetapi kebanyakan berhenti sendiri.Dan syarikat pula memang tidak akan ambil lg pekerja tambahan kerana ekonomi gawat. Hasilnya kini hanya tinggal 30% ke 50% bilangan pekerja setiap daerah. Persoalan timbul apabila adakah bilangan pekerja yg tinggal merupakan pekerja yg betul2 berdisiplin dan berguna kpd daerah masing2? Klau yang tinggal mempunyai perangai yg degil dan keras kepala- pening juga nak urus.. Alhamdulillah pekerja2 aku ramai yg masih berdisplin dan mpunyai kesedaran tinggi tentang apa yg berlaku disekeliling.



Satu demi satu rakan2 meninggalkan pekerjaan ini. Aku mula rasa sedih. Aku tak dpt nak bantu lagi dan aku sendiri sedikit rasa hilang motivasi. Mungkin cabaran di syarikat ini terlampau tinggi dan tak mampu ditandingi. Yg aku perhatikan yang berhenti itu bukannya semua yang lemah tetapi ada juga yg pada luarannya nampak kuat di mata ramai. Mgkn mereka ada alasan tersendiri dan mgkn bukan sbb pressure..



Tapi aku nampak semua itu hanyalah dugaan ketika waktu krisis ekonomi.. kerja yg sepatutnya 4 org buat- skrg kena harung seorang2.. 4 in 1.. inilah kesan ekonomi teruk.. kalu dulu ada tranport blh amek pekerja skrg dah xda.. tapi bagi aku walau tinggal sikit pekrja- kita harus mjaga pekerja2 yg tinggal lg2 pekeja yg senior dan bpengalaman.. mereka setia.. dan dah byk sumbang pd company.. welfare mereka kena jaga..untuk kebaikan semua jugak.. takda mereka susah.. nak kena train org baru lagi.. ambil masa.. lg2 skrg ni.. susah nak cari pekerja.. gaji ciput tp kena wat keje mcm 3 4 org punya keje.. sbb tu kita kena jaga pekerja yg ada skrg dgn baik.. kena pandai ambil hati mereka setelah penat bekerja..

Namun, aku tetap akan terus berusaha bekerja di sini kerna niat aku satu. Aku mahukan pengalaman. Pengalaman ni la yg akan ajar aku satu hari kelak bila aku ada perniagaan sendiri. Aku takkan berputus asa. Walau aku diherdik dihentam aku akan cuba bertahan sehingga aku berjaya dengan hasil usaha sendiri. Dulu pernah aku ingin terus terjun dalam bidang perniagaan tapi dinasihatkan cari pengalaman keje dulu.. skrg aku dah faham..memg betul pengalaman itu sangat penting.. lg2 bekerja ngn syarikat swasta dlm ekonomi gawat banyak mematangkan aku..

Aku mahu menjadi leader.. kerana bila aku jadi leader aku akan ada pengikut. Pengikut2 yg setia ini akan sokong kita ke mana shj hala tuju kita asal ia membawa kejayaan kpd kita. Umpama kita nakhoda sebuah kapal dan mereka anak2 kapal yg setia yang akan sam2 harung lautan yg penuh pancaroba.. Susah senang kita sama2 lalui..



Akhir kata.. semoga aku berjaya harung lautan pekerjaan ini..tetapi dengan syarat mesti dengan 'flying colors'..aminn..

Tuesday, March 24, 2009

Penyakit Kayap a.k.a Shingles


Pada tanggal 21hb Mac 2009(Sabtu)Fat telah diberi medical certificate (mc) drp DR pakar kulit. Aisey man.. teruk betul ni.. sampai semingu cuti.. Benda yg fat xminta2 (cuti)dpt plak.. Rupa2nya penyakit yg serang fat ni blh berjangkit. Nama penyakit fat hidap ni Kayap atau shingles. Dlm bhs saintifiknya digelar herpes zoster. Harini dah masuk 3 hari fat mc.. Duk umah xdala buang masa tapi bykkan berehat sambil2 tlg adik fat at preparation kakak sulung kahwin..(ntah2 fat sakit sbb nk kena tlg preparation jaja kahwin kot!? huhu)

Kalau kwn2 nak tau penyakit kayap ni dpt berpunca drp virus varicella-zoster juga merupakan virus penyebab chicken pox. Penyakiit ni akan buat kita rasa perit sgt kat bhgn kulit tersebut..Fat rasa bisa2 sangat mcm ada kaca dalam kulit.. mcm kita terpijak kaca..aaa mcm tu la fat sengsara sakit fat ni.. Tapi alhamdulillah..disebabkan fat sedar awal dan dpt early treatment nampak gaya dah bertukar jadi kudis selepas makan ubat..

SIGNS & SYMPTOM

Ada byk simptom2 atau petanda terkena penyakit ni.. kalau fat- pada mulanya rsa mcm kat bhgn badan fat tu mcm bengkak..bila sentuh je rasa perit tapi takda tanda merah2 atau ap2.. masa tu fat ingat angin tapi pelik tak penah plak fat ade sakit2 bdn sbb angin..Masa keje pon xdala ganggu sangat tapi kekadang bila dia dtg memang rasa sakit..sampai satu ketika timbul merah bintik2 kat bhgn bdn fat tu. igt gatal2 biasa sbb fat memg slalu kena mcm tu lg2 bila nyamuk gigit. so, fat wat dek je la.. tapi makin lama makin menjadi2 plak. Drp depan bdn dah berjgkt sampai ke belakang bdn. kayap tu wat pusingan 180 darjah kat bdn fat plak.

Ingat lg, ms tu fat kena g keje.kena kua umah kul 6.20pg..parent dah bising2 tak bagi g keje suh g jumpa DR pakar..fat pun stuju tapi nk gak g keje wat keje sikit n br minta izin bos kuar. tp nak jadikan cerita keta yg fat drive tu problem pagi tu. tgh2 drive terkelip2 gambar minyak hitam..mcm smthg problem..hati fat dah xsedap.. terus xjadi g keje..sebab tmpat keje tu jauh beno plak..dlm 30 minit perjalanan.. Terus call boss gtau xjd g keje sbb nak jumpa DR.. Bila fat suh ayah check kenapa rupa2nya minyak hitam bocor..kosong dah pun..Ya Allah, nasib baik fat tak teruskan pejalanan silap2 mati keta tu tengah jalan dlm gelap2 subuh tu mcm mn.. Alhamdulillah..Pastu, nak jadi cite hari tu jugak fat dpt mc seminggu.. Panjang plak cerita fat..

Symptom2 nya ade gak mcm:
* Pain, burning, tingling, itching, numbness or extreme sensitivity in a certain
part of the body
* A red rash with fluid-filled blisters that begins a few days after the pain
* demam/Fever
* pening2 kepala/Headache
* Chills
* Upset stomach

CAUSE-PENYEBAB


Penyakit kayap ni ialah serangan kedua selepas chicken pox. Virus Varicella-zoster ni juga penyebab cold sores and genital herpes. Virus2 ni duk sorok dlm nervous system kita selepas jgkitan pertama(chicken pox) dan tersimpan kat situ bertahun sebelum serangan kdua iaitu kayap la...aduz.. fat la tu

Kalau imun kita xhapuskan semua virus masa kita kena chicken pox, virus yg tertinggal tu la yg msk nervous system kita..pandai dia sorokkan diri eh..degil virus ni..pukul kang..hak3x..pastu, dia akan aktif balik bila antibodi kita lemah..dan akhirnya terjadilah penyakiy kayap..Lagi satu DR pakar tu cakap kat fat- antibodi fat lemah sbb xcukup tido dan bdn stress.. yerla kalau korg tgk kerja yg fat buat ni bukan semua org blh tahan owh..byk gak yg lari..fat ni try bertahan tapi akhir kecundang gak sbb sakit..tapi fat xputus asa sbb i have chose this road.. fat yakin ni lah keje fat nakkan dari dulu sjk b4 grad lagi..

Slalunya kayap ni org2 berumur je dpt..tp..org yg antibodi lemah pun blh kena..jadi kwn2 berjaga2lah eh..

BERJANGKITKAH??

Hmm patutla DR xbagi fat masuk keje sampai seminggu sebab berjangkit oii.. Company fat pon xbagi bila dgr.. HQ kata bhy pada pekerja lain n customer kitaorang.. katakan jgkt kat customer dan company kena saman..duit gaji aku jugak dorg tala bayar saman nanti wuuuhhuhuuuh.. sadis giler.. jd lbh baik aku duk diam2 kat umah ni..

INGAT..Kita kena avoid hubungan scr lgsg/physical contact dgn:

* Sesiapa yg xpernah kena chickenpox
* Sesiapa yg lemah imun system/ antibodi
* Bayi baru lahir
* Ibu mengandung (Ibu mgandung yg kena chicken pox blh bhykan baby dlm perut tu)

cthnya fat..baju pun basuh asing..kalu dulu sumbat je ngn baju satu family dlm mchine basuh..skrg basuh tgn la..huhuhu.. kalau nak suh adik2 sapukan ubat kat kawasan kayap tu kena guna kapas.. cadar tilam, sarung bantal, tuala pon tak leh share2.. huhu.. Nak mandi pon fat guna sabun sebamed..baju basuh letak cecair dettol nak bunuh kuman2 xelok tu ler.. Bab2 makanan fat tak leh makanan berprotein sgt n bergoreng..jd skrg tiap2 hari duk makan bubur+ sayur, buah2an, roti and quaker oat..fuyyoo memg sihat gile pemakanan fat..sihat2..

KOMPLIKASI
Kena ingt..kayap ni blh jadi seriuos..Dlm 1 drp 5 org yg kena kayap ni, kesakitan tu blh berterusan kat kawasan bdn tu walaupun luka2 kayap tu dah hilang.. Situasi ni dikenali sebagai postherpetic neuralgia.

Bila kena postherpetic neuralgia, damaged nerve fibers akan hantar mesej sakit yg bercelaru dan berlebihan drp kulit kita kpd otak. Bila dah macam ni kulit kita akan jadi lebih sensitif walaupun sentuh sikit pon rasa tersangat perit. Ada beberapa kes yg walaupun tergesel ngn baju sendiri pon dan terdedah dengan tiupan angin pon blh rasa kepritan tu.. seriusnyer.. Doa2 fat takkan jadi serius mcm ni..Ya Allah..

Komplikasi lain pon ade, termasukklah inflammation of the brain (encephalitis) dan masalah neurological lain. Jika jadi kat muke, blh myebabkan masalah pendengaran dan penglihatan samada sementara atau SELAMANYA. Waduh2..bahaya dong.. takutnya..Kemungkinan jugak muka kita blh lumpuh... Sbb tu kena ubat betul2 masa kena kayap ni..blh jadi gak kena jangkitan kulit dibahagian kulit lain..Nauzubillah..

PENJAGAAN DIRI

Jagalah diri kita:

* Jaga kebersihan kwsn kulit yg terkena kayap tu..
* Elakkan slalu berpanas sampai berpeluh2
* Berendam dlm air panas..syoknya..blh guna calamine lotion utk elak
kegatalan/ketidakselesaan
* Blh ambil ubat legakan kesakitan mcm Advil, Motrin, others
* Plh penting kena bykkan rehat.. pengalaman fat skrg..setiap kali bgn tidur mesti
rasa aktif..dah lama berjaga mulala sakit blk..ngade2 tul..

PENAWAR

Kalau bab2 penawar ni fat taktahulah.. tapi fat juz makan ubat yg DR pakar bagi.. ubat lotion celamine..n 3 jenis ubat makan tah ape tah namanya.. tapi lepas ikut nasihat DR..nampak gaya dah jadi kudis luka2 fat tu.. semoga Allah sembuhkan fat cepat..kadang2 rasa mcm Allah nak bersihkan diri fat dr dosa2 sbb tu terkena pyakit ni..Allahuaklam..

Sunday, March 22, 2009

What's Kaizen??

Perasan x knp fat letak perkataan kaizen kat nama fat?..hehe ade maksud sbnanye..Kaizen comes from japanese words.. kai means “change”..while zen means “good” . Senang citer it is good to have ”continuous improvement”..Slalunya ia digunakan dlm pentadbiran/management dlm kebanyakan organisasi di Jepun. Konsep kaizen ni bagus.. sbb mereka percaya utk berubah kpd yg lebih baik MESTI melibatkan semua pekerja baik paling atas, atas, tengah, bawah dan plg bwh (cth : makcik cleaner) termasuk customer + supplier etc..Every employee is encourage to give ideas to make small changes in regular basis. Maknanya di sini xyah tunggu sebulan/setahun baru nak wat perubahan.. bg mereka perubahan kpd yg lbh baik mesti dilakukan slalu/ continuous/non-stop etc.. Selalunya mereka akan improve dr segi pengeluaran/ productivity, keselamatan/safety and keberkesanan/effectiveness while reducing waste. Haa.. ni yg bestnye konsep kaizen nie..kalu ade org suke dgr kamikaze ..fat plak lebih suka dgn kaizen.. do you know that the japanese people is encourage to save even one second at work.. no wasting time.. cthnya: imagine that u'r doing your office work at your desk. Your boss give you 1 hour to complete it and submit to him. However, your desk is messy n untidy. Do you think you can proceed your work in peace?Kalau ikut logik mestilah tak kan? yerla nak tulis tapi pen xnampak..kertas tah mana2 letak.. cawan kopi yg xbasuh lagi plak berbau xmenyenangkan kita wat keje..jd, rasa2nya byk tak kita dah terbuang masa kat situ?? Secara rasionalnya mestila YA! Akhirnya ia akan effect hasil/productivity kerja kita..jadi teruk..Last2 kena 'tembak' ngn bos sbb lmbt n hasil xbest.. ish3x..Maksudnya, kalau meja keje kita kemas..letakkan pen di dlm bekasnya n kertas di satu tempat shj..meja bersih..kan senang keje kita.. hati pon tenang wat keje..akhirnya hasilnya pon bagus, InsyaAllah..




Another thing bout japanese people for them there is no good enough! kalau kita kat malaysia ni slalu dengar "ala, ini pon dah cukup bagus dah yg kita buat..!".. Tapi kat Jepun memg culture 'dah cukup bagus ni' xbrape laku la.. hak3x.. Ade pepatah org putih kata "if it ain't broke, don't fix it."..maknanya selagi sesuatu benda tu tak rosak biarkan dia dan xyah nak ubah2 atau baiki.. Tapi di Jepun mereka lebih suka guna falsafah ni.."do it better, make it better, improve it even if it isn't broken, because if we don't, we can't compete with those who do.".. maknanya walau apa pun yg kita buat mesti BAGI yg TERBAIK dengan CARA yg TERBAIK walaupun sesuatu barang tu xrosak kita mesti fikir utk MENGUBAHNYA kpd yg LBH BAIK drp yg sblm kerana jika tidak kita pasti tidak akan dapat menandingi mereka!! (pesaing).. Haa.. ape macam?.. hebat x konsep kaizen ni.. Fat memg teruja hbs masa dpt tau konsep ni.. Contoh syarikat yg amalkan konsep kaizen ni pon bukan calang2 seperti Toyota and Canon.. memang World Class beb!..Untuk aplikasikan konsep ni org Jepun menggunakan quality circles, automation, suggestion systems, just-in-time delivery, 5S etc dlm menjalankan biznez dorg..patutla negara jepun ni maju..ni semua hasil dpd sikap yg baik dan positif rakyatnya...Jadi kawan2 kat luar sana tu.. if u really want to improve ur biz/work and life continuously u may apply this at your workfield and most important - your life too!! Believe me it's worth it!! Sebab itulah fat letak kaizen kat nama gelaran fat..(fat-kaizen).. mudah-mudahan ia menjadi doa ke atas diri fat.. menjadi insan yg cemerlang di dunia & akhirat.. Ape2 pun ISLAM memg dah lama ajar umatnya utk sentiasa berdaya saing dan sentiasa maju ke hadapan..!! Kita jer yg xnampak jalan dan terlampau ikut nafsu malas yg boleh memakan umat kita sendiri.. Allahuaklam..