Sekarang aku sedang menyelam dalam lautan pekerjaan. Sebuah lautan yang sangat dalam yang baru aku terokai. Aku telah memilih jalan ini setelah aku berfikir panjang dan meninggal 'road not taken' aku.. Aku terus terjun ke dalam lautan pilihanku yakni lautan yang pada atas permukaannya hanya nampak bayang2 kabur di dalamnya. Aku tidak tahu samada betul jalan yang aku pilih ini dan tak tahu cabaran & rintangan yang akan ku tempuh. Tapi aku teruskan usaha mengenali dunia lautan itu kerana itulah pilihan diriku..
Pelbagai cabaran n pengalaman yang aku dan rakan2 seperjuagan tempuh.. sperti seorang perantau yg dtg ke negeri org tanpa bekalan ap2 kini sudah tahu serba sdkt ttg kehidupan negeri itu..dan km blh berdikari sedikit2 berbekalkan ilmu yg kami pelajari.
Namun, setelah sekian lama bercucuk tanam di negeri orang- terasa tekanan disitu makin hari makin menjadi2.. ramai dikalangan kwn2 ku mula berkata2 dan mengadu domba tentang kehidupan mereka di daerah masing2.. Tak tahan dengan kehidupan yg penuh dengan cabaran dicampur dengan sifat keberangan orang atasan. Mungkin itu antara penyebab utama ramai kwn2 aku rasa kurang berpuas hati dan rasa mengalah.
Aku begitu bernasib baik sekali. Bermula di Klang sehingga ke berpindah ke wangsa maju kehidupan aku di daerah aku tidak begitu 'mencabar' seperti apa yg kwn2 sejawatku katakan. Apa yg ku dengari mereka selalu dimarahi, dipersalahkan itu dan ini, dan juga kerja yg mereka bawa berat yg xmampu dipikul bahu masing2. Aku hanya melihat dari jauh nasib kwn2 ku itu. Ada diantara mereka sering mengatakan mereka tersilap pilih jalan. Bukan ini jalan kehidupan yg mereka mahu.
Ramai org2 lama bercerita yang dahulu satu daerah mempunyai pekerja yang ramai. setelah ekonomi gawat mulai disember lalu bilangan pekerja berkurangkan- bukan dibuang tetapi kebanyakan berhenti sendiri.Dan syarikat pula memang tidak akan ambil lg pekerja tambahan kerana ekonomi gawat. Hasilnya kini hanya tinggal 30% ke 50% bilangan pekerja setiap daerah. Persoalan timbul apabila adakah bilangan pekerja yg tinggal merupakan pekerja yg betul2 berdisiplin dan berguna kpd daerah masing2? Klau yang tinggal mempunyai perangai yg degil dan keras kepala- pening juga nak urus.. Alhamdulillah pekerja2 aku ramai yg masih berdisplin dan mpunyai kesedaran tinggi tentang apa yg berlaku disekeliling.
Satu demi satu rakan2 meninggalkan pekerjaan ini. Aku mula rasa sedih. Aku tak dpt nak bantu lagi dan aku sendiri sedikit rasa hilang motivasi. Mungkin cabaran di syarikat ini terlampau tinggi dan tak mampu ditandingi. Yg aku perhatikan yang berhenti itu bukannya semua yang lemah tetapi ada juga yg pada luarannya nampak kuat di mata ramai. Mgkn mereka ada alasan tersendiri dan mgkn bukan sbb pressure..
Tapi aku nampak semua itu hanyalah dugaan ketika waktu krisis ekonomi.. kerja yg sepatutnya 4 org buat- skrg kena harung seorang2.. 4 in 1.. inilah kesan ekonomi teruk.. kalu dulu ada tranport blh amek pekerja skrg dah xda.. tapi bagi aku walau tinggal sikit pekrja- kita harus mjaga pekerja2 yg tinggal lg2 pekeja yg senior dan bpengalaman.. mereka setia.. dan dah byk sumbang pd company.. welfare mereka kena jaga..untuk kebaikan semua jugak.. takda mereka susah.. nak kena train org baru lagi.. ambil masa.. lg2 skrg ni.. susah nak cari pekerja.. gaji ciput tp kena wat keje mcm 3 4 org punya keje.. sbb tu kita kena jaga pekerja yg ada skrg dgn baik.. kena pandai ambil hati mereka setelah penat bekerja..
Namun, aku tetap akan terus berusaha bekerja di sini kerna niat aku satu. Aku mahukan pengalaman. Pengalaman ni la yg akan ajar aku satu hari kelak bila aku ada perniagaan sendiri. Aku takkan berputus asa. Walau aku diherdik dihentam aku akan cuba bertahan sehingga aku berjaya dengan hasil usaha sendiri. Dulu pernah aku ingin terus terjun dalam bidang perniagaan tapi dinasihatkan cari pengalaman keje dulu.. skrg aku dah faham..memg betul pengalaman itu sangat penting.. lg2 bekerja ngn syarikat swasta dlm ekonomi gawat banyak mematangkan aku..
Aku mahu menjadi leader.. kerana bila aku jadi leader aku akan ada pengikut. Pengikut2 yg setia ini akan sokong kita ke mana shj hala tuju kita asal ia membawa kejayaan kpd kita. Umpama kita nakhoda sebuah kapal dan mereka anak2 kapal yg setia yang akan sam2 harung lautan yg penuh pancaroba.. Susah senang kita sama2 lalui..
Akhir kata.. semoga aku berjaya harung lautan pekerjaan ini..tetapi dengan syarat mesti dengan 'flying colors'..aminn..
Saturday, August 8, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)